Ketahui Lokasi Terperinci Projek Sambungan Stesen baru LRT di : http://hartanah-kaya.blogspot.com/

Kenapa anda gagal dlm bisnes online?



Kenapa perniagaan online atau perniagaan internet anda gagal, ramai yang tak ambil iktibar tentang kegagalan peniagaan online ini. Perniagaan internet atau Bisnes online ini luas dan bersifat teknikal, terutama aspek pemasaran produk secara online. Kita kena ambil berat tentang faktor-faktor kegagalan dalam bisnes online ini. Faktor kegagalan antaranya ialah:




Mengganggap perniagaan online bergerak sendiri sendiri. 

Ini kesalahan  besar yang dilakukan oleh perniagaan internet adalah menganggap internet akan menguruskan sepenuhnya perniagaan mereka dan kita akan relaks di rumah atau melakukan kerja lain. Hujung bulan pergi ke bank untuk mengambil wang hasil bisnes online. Sebenarnya sikap ini perlu diubah. Perniagaan online sama sahaja seperti perniagaan konvensional yang lain. yang berubah dan berbeza adalah medium perniagaan yang kita gunakan. Dalam perniagaan online juga perlu untuk berfikir, merancang, memasarkan dan sebagainya untuk mengembangkan lagi bisnes yang kita jalankan. Dan jangan terkejut dalam perniagaan online juga anda wajib mengeluarkan modal  bagi mempromosikan website bisnes anda. Tidak percaya, sebagai contoh anda menjalankan perniagaan online affiliate. Misalnya anda perlu buat iklan di laman orang dan membayar kos iklan, Kena keluar modal untuk beli autoresponder berbayar misalnya.



Menumpukan perhatian kepada  search engine . 

Selalunya kita akan menumpuhkan satu-satu cara, strategi, kaedah atau promosi terhadap bisnes tersebut. Untuk carian di search engine hanyalah bagi mendapatkan kedudukan pertama dalam engin pencari bagi memudahkan orang ramai melayari website kita. Namun jika hanya itu sahaja cara promosi yang kita lakukan maka amat susah kita untuk berjaya seperti orang lain. Kejayaan yang dikecapi oleh peniaga perniagaan online ini adalah mereka memahirkan kesemua teknik dan pelan pemasaran yang sedia ada dan mengikutinya. Jika salah satu pelan tidak berjaya dalam masa satu minggu maka tukar kepada cara lain. Mengapa kita tidak menggunakan laman sosial untuk membuat promosi seperti facebook, twitter, Digg, myspace dan sebagainya untuk memajukan perniagaan kita. (Perhatian: untuk berjaya dalam perniagaan online, kita semestinya mempelajari teknik pemasaran sehingga mahir).


Tidak bersungguh-sungguh dalam bidang perniagaan ini

Hanya mula-mula sahaja kita bersemangat untuk menjalankan perniagaan, selepas 2 bulan atau lebih semangat itu luntur dan usaha yang telah dirancang dari awal hanya tinggal perancangan dan diabaikan. Sekirannya anda menjalankan perniagaan secara online anda mesti menanamkan sifat serius dalam berniaga. Anda perlu belajar dan gunakan segala kemahiran anda dalam bidang ini untuk terus berjaya.


Guna banner yang sama dalam promosi affiliate misalnya

Cuba guna bahan atau banner yang berbeza, jika anda promosi produk orang lain melalui sistem affiliate.


Mengambil mudah para pengunjung yang melawat ke website anda

Ini adalah kesilapan besar yang dilakukan oleh para peniaga online. Seboleh-bolehnya website anda mempunyai autoresponder untuk mengumpul alamat email dan alamat email ini anda gunakan untuk follow up kembali, jangan remehkan kuasa alamat email kerana cara ini cukup baik untuk mendatangkan income anda.



Nak cepat kaya dan buat kerja dalam masa 1 atau 2 minggu. 

Ini kesalahan yang sering dilakukan bagi peniaga yang menjalankan perniagaan internet. Dengan niat agar cepat dapat downline dan cepat dapat income. Ketahuilah bahawa cara ini sebenarnya anda menempah kegagalan. Kenapa pula?. Buat pemasaran satu persatu mengikut peringkat ilmu pemasaran yang anda pelajari, misalnya anda belajar facebook, tumpu dan mahir facebook dahulu, kemudian belajar pula teknik pemasaran email, kemudian mahirkan, anda kena tahu bagaimana pemasaran email di buat, apa kaedahnya, berapa kosnya, bagaimana nak tulis email. kena mahir satu persatu. Selepas mahir maintain pula dan follow up.


Upah orang buat website, kemudian kerja pemasaran tak tahu buat. 

Ini sikap paling sedih. Ini paling bahaya dalam perniagaan online. Kena belajar dan belajar.



Secara kesimpulannya, sebelum nak memulakan perniagaan online ini, anda semestinya menguasai ilmu perniagaan terlebih dahulu. banyak tempat anda boleh perolehinya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...